Sunday, April 28, 2013

Saya dan tarbiyah

Bismillah ar-rahman ar-rahim.

Mencuri masa sikit daripada buat assignment. Kadang-kadang assignment ni tak mengajar apa-apa pun melainkan copy paste. huhu. Tapi macam biasalah, dah habis degree nanti baru lah tahu what it is all about. Sama juga semasa IB di kolej. Baru tahu lab report setiap minggu, extended essay dan CAS tu membantu juga kehidupan di universiti. Begitu juga SPM sekolah menengah. Sekolah rendah dan seterusnya.



Tapi bagaimana dengan universiti tarbiyah ni? bila masa nak habis? nak tunggu habis baru ke baru nak faham? hmm.

Semalam saya kena menyampaikan tajuk ahammiyatut tarbiyah. Ni bahasa arab, maksudnya kepentingan tarbiyah. Well saja je tawarkan diri, tak lah dilantik pun, saje nak uji diri betul ke dah faham dengan kepentingan tarbiyah ni? Dah 4 tahun dah ditarbiyyah mentarbiyah. tapi rasanya syok sendiri je semalam... haih.

Salah satu point paling penting dalam tajuk ni ialah bagaimana Allah mengutus Rasulullah s.a.w. mentarbiyah masyarakat. Apa yang dia s.a.w buat? membacakan ayatNya ke atas mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Dan tindakan rasulullah s.a.w. ni hasil doa oleh Nabi Ibrahim a.s. yang disusun atur semula. Tilawah kepada tazkiyah kepada ta'lim.

Saya ingat lagi semasa sekolah dulu, seolah-olah saya baru diperkenalkan dengan islam. Saya dulu bersekolah di satu sekolah asrama. Di situ saya diajar komited dengan solat, diajar atau dibudayakan dengan membaca quran, alunan-alunan zikir, solat dan macam-macam lagi tentang ilmu islam. Tapi saya ingat lagi, kalau balik bercuti, bukan solat pun. tak pun solat di akhir2 waktu aje. Bila balik ke sekolah, bukan main lagi kejut-kejut orang ke subuh.

Bukan la nak kata sepanjang 5 tahun yang bersekolah di situ, tak ada kesan terhadap pegangan islam saya. Well ada la jugak... 5 tahun kot. Memang basic ilmu islam tu mantap la jugak, dengan syariah islamiah, pendidiakn quran & sunnah, dan bahasa Arabnya. So lepas habis sekolah lepas SPM tu, memang rasanya cuba kekalkan jugak budaya yang dah belajar kat sekolah dulu: pergi solat jemaah kat masjid, baca Quran. Tapi tak lama pun, lepas tu terus je tak jaga balik solat semua.

Kemudian di kolej, saya bertemu dengan tarbiyah ni. Mula-mula saya agak rebel jugak, I want to do it my way. Macam boring je duduk-duduk, baca-baca quran sikit-sikit, lepas tu borak-borak yang lama. Saya ni dah la introvert, mana la suka sangat bergaul dengan orang ni. Yang suka bercakap tu, seronok la dia. Bercakap all the way masa usrah tu. Rimas betul. Haih.

Tapi makin lama, saya dapat rasa penyucian diri tersebut. Mula mentadabbur, reflect upon the Quran. Mula tengok balik, apa yang Allah nak daripada kita ni... Apa tujuan hidup kita. Apa initipati dalam islam tu yang kita patut buat.. Walaupun dari segi amal ibadat, saya rasa semasa di sekolah tu jauh lagi banyak. Ye lah, dah jadi budaya. Masa di kolej ni, bukan semua orang pergi solat di surau, bukan semua yang tutup aurat masa main bola, dan mana ada peraturan yang paksa diorang ni buat tu semua. So saya pun biasa-biasa je lah.

Jadi makin seronok dengan usrah. Sebab macam jadi lagi baik. Bukan disebabkan oleh suasana sekeliling saja, tapi saya sendiri yang nak jadi baik. Nak menyucikan diri. Kemudian makin lama dalam usrah, ilmu pun pada masa sama makin bertambah. Ye lah, masa sekolah mana la pernah nak baca tafsir Quran, baca hadis sendiri kan? Belajar sirah pun hafal je, sebab nak lulus exam. Tapi dalam usrah, kisah nabi dibedah, kisah sahabat-sahabat yang tak pernah dengar pun diteliti. Subhanallah seronok betul.

So masa saya sampaikan tajuk semalam, baru saya rasa, betul lah.. Saya sendiri ni contoh yang terkesan dengan tarbiayh yang Allah ajarkan. Keinginan untuk menyucikan diri tu, sangat-sangat lah perlu., sebelum belajar semata-mata.

Persoalannya. dah makin lama dalam tarbiyah ni, adakah dah lupa tentang perkara ni? Dah lupa ke tentang keinganan dan keperluan untuk menyucikan diri? Ke samata-mata nak belajar ilmu baru semata-mata? Jangan lah.. Jangan. Jangan lupa mengapa saya nak tarbiyah ni.

Sepertimana Kau jadikan manusia ni sifatnya pelupa, janganlah Kau Ya Allah, menjadikan aku antara mereka yang lupa.

Inilah saya dan tarbiyah.




No comments: