Monday, April 23, 2012

Terus-menerus diuji

Bismillah,

Kehidupan adalah ujian. Berulang-ulang kali kita dengar. Dan begitu juga kita mengatakannya kepada orang lain.

Allah ta'ala kata akan uji hambanya, sama ada mereka ni betul-betul layak untuk masuk syurga. Dia sendiri akan menilai catatan-catatan yang dibuat terhadap kita. Daripada segala apa yang menjadi saksi kepada kita. Dan segala apa yang kita sepatutnya menjadi saksi kepada mereka.

"wasyaahidin wa masyhud" - al-buruj:3

Rasul menjadi saksi kepada kita.
Kita menjadi saksi kepada seluruh manusia.

Ujian itu pula, Allah taala kata, ditetapkan pada seorang hamba itu, berdasarkan kapasiti yang ada padanya. Jika dia mampu setara itu, maka setara itulah ujian yang Allah beri padanya.

Namun expectation Allah pada kita pula, adalah jauh lebih tinggi daripada itu.
Kerana Allah yang ciptakan kita, Dia yang mengetahui specs dan kualiti dan kapasiti yang diciptanya.
Dia tahu, kapasiti kita adalah lebih tinggi daripada itu..

The question is, are we up to the expectation..?

Tak dapat dinafikan, kapasiti kita turun dan naik. Ada kalanya kita rasa kita mahu buat sehabis baik sebaik ar-rasul s.a.w., ada ketikanya kita menafikan kemampuan itu dengan mengatakan kita hanya manusia biasa yang bukan seperti nabi.

Lantas ketika itu, ketika kita lemah itu, rasulullah s.a.w. berkata:

“Bagi setiap amal itu ada masa semangat (puncaknya, dan bagi setiap masa semangat itu ada masa lemah (malas).
Barang siapa yang tetap mengikuti sunnahku di masa lemahnya, sungguh ia akan memperoleh petunjuk.
Dan barang siapa yang mengikuti selain sunnahku pada masa lemahnya niscaya ia akan binasa.” (HR Ibnu Hibban dan Ahmad)

Kita mahu sentiasa kekal dalam hidayah Allah.
Kita mahu lebih diuji oleh Allah, dengan ujian itu pula kita mahu lebih dekat dengan Allah..

Beginilah Allah menciptakan kita.

Wednesday, April 11, 2012

face the Book!

bismillah,

hari terjumpa video osem di facebook.



subhanAllah.
memang, Quran tu, mesej yang paling menakjubkan sepatutnya.

pasca Spring Camp, jom sama-sama kita hidup bersama al-Quran.

lets Face the BOOK!